Tugas Tugas AJK
SENARAI TUGAS-TUGAS AJK SESI 2013-2016
- PENGERUSI
- Mengetuai pengurusan dan pentadbiran surau
- Merangka pelan tindakan dan program bagi pengimarahan surau.
- Memastikan pentadbiran surau berjalan dengan baik
- Mempengerusikan mesyuarat JK surau
- Merasmikan program dan aktiviti surau
- Mewakili surau ke jemputan luar
- Memantau perlaksanaan tugas semua AJK
- Bersama dengan Bendahari dan SU sebagai penandatangan cek surau
- Mengetuai mana-mana aktiviti utama BIRO bila dirasakan perlu.
- Mengawaselia dan menyelaras semua aktiviti yang dijalankan oleh BIRO-BIRO
- Mengetuai AJK dalam semua urusan dengan jabatan-jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.
- SETIAUSAHA
- Membantu AJK melaksanakan tugas supaya berjalan dengan baik
- Sebagai pencatit semua minit mesyuarat AJK dan mengedarkan minit mesyuarat untuk tindakan lanjut AJK.
- Bekerjasama bersama pengerusi merangka pelan, program dan aktiviti bagi menjadikan surau sebagai tempat penyatuan ummah disamping membangunkan jemaah kariah dan sekitarnya.
- Menguruskan rekod dan maklumat pentadbiran surau dan semua aktiviti.
- Mengeluarkan surat menyurat surau samada resmi atau tidak resmi
- Memanggil mesyuarat AJK Surau, menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan kepada semua AJK Surau
- Koordinator perancangan tahunan dan penerbitan taqwim surau
- Memaklumkan semua aktiviti surau dari masa ke semasa kepada semua ahli qariah
- Menguruskan semua dokumen berkaitan untuk Mesyuarat Agung
- Bersama dengan Bendahari dan Pengerusi sebagai penandatangan cek surau
- BENDAHARI
- Menguruskan kewangan surau
- Menyimpan rekod dan dokumen pendapatan dan perbelanjaan surau
- Menyediakan laporan kewangan bulanan dan tahunan
- Mengawal selia perbelanjaan surau
- Membuat pembelian dan pesanan barangan surau.
- Menguruskan pembayaran bil-bil eletrik, air dan lain-lain
- Menyalurkan wang saguhati kepada Biro Dakwah Dan Kebajikan untuk pembayaran kepada penceramah/Ustaz
- Merancang mewujudkan tabung-tabung khas dan menguruskan kutipan derma tabung surau dari masa ke semasa.
- Menerima dan menguruskan penerimaan sumbangan kewangan
- Mengurus sumbangan kewangan surau ke badan-badan tertentu jika ada.
- Bersama dengan Pengerusi dan SU sebagai penandatangan wajib cek surau
- IMAM
- Menjadi imam solat 5 waktu dan solat-solat sunat berjamaah yang lain.
- Melantik imam gentian bila perlu.
- Mengurus pembayaran saguhati kepada penceramah/ustaz
- Mengetuai urusan fardu kifayah ke atas jenazah orang Islam yang meninggal di kariah Taman Sekamat sehingga sempurna dikebumikan
- Membaca khutbah solat sunat Hari Raya Eidulfitri dan Eiduladha
- Mengingatkan jemaah tentang niat solat Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Idil Adha serta kaifiatnya sebelum solat itu dimulakan
- Mengetuai jemaah dalam menghadiri jemputan dan mengetuai bacaan doa Selamat
- Menyediakan jadual bertugas imam, bilal pada bila-bila masa termasuk bulan ramadhan
- Membantu Biro Dakwah atas urusan penjadualan penceramah dan pembayaran sagu hati
- Mengetuai AJK program Korban dan yang berkaitan dengannya
- BILAL
- Menyempurnakan azan dan iqamah bagi solat 5 waktu dan solat-solat lain
- Menyediakan peralatan audio berkeadaan baik setiap kali sebelum sembahyang didirikan. Jika terdapat masalah, memaklumkan kepada Biro Pembangunan dan pengurusan Harta untuk pembaik pulih.
- Membantu Biro-biro lain bila diperlukan.
- SIAK
- Membuka dan mengunci pintu surau
- Memastikan kebersihan dalam surau dan sekelilingnya
- Memastikan semua persediaan solat dalam keadaan baik dan sempurna
- Memastikan semua suis lampu, kipas dan penghawa dingin dihidupkan sebelum solat dan dimatikan selepas digunakan sebelum surau dikunci
- Memastikan tikar dan sejadah dibentangkan sebelum solat Hari Raya dan digulung selepas solat itu
- Memastikan tandas-tandas, tempat wuduk dibersihkan;
- Memastikan dan bertanggungjawab atas keselamatan barang-barang Surau
- Melaporkan apa-apa kejadian yang tidak diingini yang berlaku di surau kepada Pengerusi atau Imam.
- WAKIL PEMUDA
- Merancang dan menganjurkan program untuk pemuda
- Mewakili surau dalam mesyuarat dan program pemuda peringkat masjid
- Merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti keilmuan khusus untuk remaja dan belia seperti program ceramah persediaan peperiksaan, teknik belajar, teknik menjawab soalan.dan sebagainya.
- Mewujudkan jalinan kerjasama yang baik antara belia dan jawatankuasa surau melalui program-program yang dirancang seperti sukan tahunan, aktiviti melancung, memanjat gunung, berbasikal, memancing dsb.
- Menjalinkan hubungan dengan NGO atau badan-badan belia di dalam negeri Selangor.
- Merancang aktiviti yang boleh memupuk remaja agar cinta kepada surau seperti Summer camp dakwah dan riadah, program gotong royong pembersihan masjid dan surau di sekitar Kajang, mengecat masjid dan surau.
- Mengumpul maklumat semua anak remaja ahli kariah
- Menganjurkan program smart solat dikalangan remaja qariah
- Menganjur program meraikan pelajar-pelajar cemerlang UPSR, PMR dan SPM di Qariah Taman Sekamat
- WAKIL MUSLIMAT
- Menjadi agen perhubungan antara muslimah surau dan ahli muslimat kariah
- Menjaga kebajikan kaum muslimah dikalangan anak kariah dan masyarakat setempat.
- Merancang dan mengadakan program yang boleh menggalakkan dan meramaikan bilangan jemaah muslimah untuk datang ke surau
- Mewujudkan program yang dapat meningkatkan pendidikan agama dikalangan muslimat kariah
- Mengadakan seminar berkaitan seperti kesihatan, program ibu mithali dan kempen menutup aurat
- Menjadi tenaga kerja tambahan dalam semua aktiviti masjid apabila diperlukan.
- Menubuhkan kelas pembangunan ekonomi muslimah seperti kelas memasak, menjahit dsb
- Menjadi Menjadi rujukan bagi urusan kematian muslimat di qariah.
- Berurusan dan bekerjasama dengan badan Khairat kematian Masjid dalam urusan berkaitan
- Menguruskan segala kemudahan pemandian jenazah, pengkafanan
- Mengadakan kursus pengurusan jenazah secara berkala untuk kaum muslimat
- Mengemaskini maklumat ahli dan waris simati
- Memastikan kebajikan para petugas berkaitan pengurusan jenazah sentiasa diutamakan
- BIRO DAKWAH DAN KEBAJIKAN
- Menyediakan jadual kuliah mingguan, bulanan dan tahunan surau
- Menguruskan untuk mendapatkan ustaz/penceramah untuk tujuan kuliah/ceramah dan menyediakan jadual kuliah bulanan.
- Merancang dan melaksanakan ceramah-ceramah khas
- Mengadakan kelas-kelas pengajian khas seperti kelas tajwid dan sebagainya
- Bekerjasama dengan biro-biro lain bagi menganjurkan program program ilmu dan pendidikan untuk semua ahli kariah
- Mewujud dan mengendalikan sudut bacaan/ilmu di surau
- Memastikan segala program hari kebesaran Islam diadakan seperti Maulidul Rasul, Israk Mikraj dan lain-lain.
- Merancang dan mengadakan program qiamulail bila perlu
- Merancang dan mengadakan kursus-kursus berbentuk ilmiah, seminar anti zina, program kemasyarakatan seperti kursus pengurusan asnaf fakir miskin serta muallaf, Pengurusan Faraid
- Membantu surau dalam pentarbiyahan mesra jemaah
- Bekerjasama dengan Imam dalam menguruskan pembayaran saguhati kepada ustaz-ustaz dan penceramah.
- Menguruskan urusan penyempurnaan jenazah lelaki
- Menjadi tempat rujukan bagi permasalahan pengurusan jenazah lelaki
- Mengadakan kursus pengurusan jenazah secara berkala
- Mewakili surau untuk semua urusan Khairat Kematian
- Menyediakan daftar kematian yang dikebumikan di tanah perkuburan kariah surau yang lengkap dan mudah dirujuk.
- Menjadi rujukan untuk urusan penggunaan surau sebagai tempat nikah Kahwin dsbg.
- Menguruskan aktiviti kesihatan seperti pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan, berkhatan beramai-ramai
- Membuat kajian dan statistik ahli kariah mengenai bilangan penduduk seperti golongan lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak, Islam dan bukan Islam, fakir miskin, mualaf, ibu tunggal, kanak-kanak istimewa, golongan profesional, ahli-ahli koporat dan lain-lain.
- Mewujudkan Tabung bantuan serta menguruskan penyerahan bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan seperti bantuan fakir miskin, bencana alam dll.
- Menjaga kebajikan ahli kariah – perkahwinan, kematian, sakit dan mendapat musibah
- Merancang dan melaksanakan program-program kebajikan untuk ahli kariah seperti Sunathon, sumbangan fakir miskin dan anak yatim, meraikan bakal haji dan lain-lain.
- BIRO PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN HARTA
- Merancang pembangunan dan menambahbaik prasarana surau
- Menangani dan menyelenggara secara berkala sebarang kerosakan fizikal surau dengan segera
- Menjaga dan mengawal segala aset-aset surau dalam keadaan baik
- Bekerjasama dengan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi setiap program pembangunan surau yang ingin dijalankan dari masa ke semasa
- Bekerjasama dengan ADUN, JKKK atau NGO berkaitan penambahbaikan surau
- Mengawal operasi dan penjimatan penggunaan elektrik dan air.
- Memastikan dan menjaga segala harta surau dalam keadaan Selamat dan tidak di cerobohi atau di salah guna
- Mengurus dan mengawaselia penggunaan/peminjaman barang-barang / peralatan surau oleh ahli qariah.
- Memastikan kemudahan fizikal surau dalam keadaan baik dan mencukupi
- Menganjurkan gotong-royong berkala untuk kebersihan dan pembangunan surau
- Menaik taraf landskap untuk keceriaan surau
- Berperanan penting untuk menyusun atur kerusi meja, bunga, hiasan dsb pada setiap program besar seperti forum perdana, sambutan hari raya, maulidul rasul dll
- Membina papan tanda dan tunjuk arah
- BIRO SAJIAN & KERAIAN
- Merancang dan mengatur aktiviti bagi memenuhi permintaan penyediaan makanan dan minuman untuk sebarang program yang dianjurkan oleh surau.
- Memastikan segala keperluan bahan mentah di dapur mencukupi.
- Sentiasa menyediakan semua keperluan berkaitan dengan masak-memasak seperti peralatan dan tenaga kerja bila diperlukan.
- Sering berhubung dengan bendahari untuk mendapat peruntukan kewangan bagi membeli keperluan penyediaan sajian dan keperluan dapur
- Memastikan jamuan berbuka puasa/morey disediakan oleh surau atau yang dibawa oleh anak kariah dimasak dan dihidangkan.
- Menyediakan tenaga kerja bagi menyediakan masakan untuk tahlil arwah malam pertama sumbangan surau
- Memastikan bekalan air mineral surau sentiasa mencukupi.
- Memastikan ruang dapur surau sentiasa bersih dan tersusun
- Menyediakan senarai inventori Dapur yang lengkap
- Mengawal peminjaman inventori dapur oleh ahli qariah
- PEMERIKSA KIRA-KIRA
- Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira tahunan surau dan membuat laporan atau pengesahan untuk diluluskan dalam mesyuarat agung.
- Pemeriksa kira-kira juga boleh pada bila-bila masa mengaudit kira-kira kewangan surau jika difikirkan perlu dalam tempoh khidmat mereka