SAF Mendirikan Solat Jumaat

jumaat 6 jumaat 7 jumaat 8 jumaat 9 20190927_135358 20190927_135420 20190927_135425 jumaat 1 jumaat 2

Seluruh ahli Kariah Surau Al-Furqan telah melahirkan kesyukuran tidak terhingga apabila Surau Al-Furqan telah diberi kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat.  Tanggal 27 September 2019 adalah merupakan tarikh bersejarah bagi Surau Al-Furqan kerana pada tarikh ini Solat Jumaat pertama di Surau ini telah didirikan.

Khutbah pertama telah disampaikan oleh Pegawai Tadbir Agama  (PTA) merangkap Kadhi Daerah Hulu Langat, Ustaz Hj Mahayuddin. Pegawai dari Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID) seperti Ustaz Khairul Nazri dan beberapa yang lain juga hadir pada solat jumaat yang pertama ini. Dianggarkan sekitar 800 orang jemaah telah hadir pada hari yang bersejarah ini.