Peraturan Surau

PERATURAN SURAU AL – FURQAN TAMAN SEKAMAT 43000 KAJANG SELANGOR

 

  1. NAMA DAN ALAMAT

 

  • Surau Al – Furqan Taman Sekamat, Kajang

“Dan Dia turunkan Al Furqan.” Al Furqan diambil dari kata al-farq, artinya  pembatas, pembeda, penyisihkan di antara yang benar dengan yang salah, yang hak dan yang batil, jalan yang lurus dengan jalan yang bengkok berbelit-belit. Oleh sebab itu maka Al Qur’an sendiripun disebut juga Al Furqan, bahkan Taurat-pun disebut juga Al Furqan. Maka menurut tafsir Ibnu Jarir, yang dimaksud dengan Al Furqan di sini ialah akal manusia sendiri. Artinya Rasul-Rasul diutus, kitab-kitab diturunkan dan buat menampung wahyu Ilahi itu manusiapun diberi akal buat membedakan yang benar dari yang salah. Oleh sebab itu maka dengan adanya Al Furqan, akal itu, jika manusia menganut suatu kepercayaan, hendaklah yang benar-benar sesuai dengan akal mereka sendiri. Sedang wahyu yang datang dari Tuhan-pun tidak mungkin berbeda dari inti sari akal murni itu. Maka kedatangan Rasul-Rasul dan turunnya kitab-kitab adalah menuntun al-furqan manusia, atau akal murni manusia tadi, di dalam menuju keredaan Tuhan. Tidak mungkin orang yang teratur caranya berfikir akan menolak kebenaran Tuhan. Sebab itu berkata Tuhan pada lanjutan ayat : “Sesungguhnya orang-orang yang tidak mau percaya kepada ayat-ayat Alloh, bagi mereka azab yang sangat.” Azab itu ada dua macam, pertama azab dunia, yaitu azab kekacauan fikiran, azab karena tidak dapat memperbedakan di antara buruk dengan baik, azab hidup yang sebagai “menghasta kain sarung,” berputar-putar di sana-sana juga, tidak bertemu ujung. Dan azab yang kedua ialah di akhirat..

 

  • Alamat Prhubungan :-

Surau Al – Furqan Taman Sekamat, Kajang

Jalan 8/2, Taman Sekamat,

Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat,

Kajang, Selangor.

Website: www.suraualfurqan.my

Email: newfurqansekamat@gmail.com

 

  1. MISI DAN VISI

 

VISI

Berperanan sebagai pusat ibadah yang dapat melahirkan ummah yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia.

MISI

Untuk menjadikan Surau Al-Furqan Taman Sekamat sebagai pusat komuniti yang dapat menterjemahkan penghayatan Islam sebagai cara hidup melalui aktiviti-aktiviti, program-program ilmu dan program dakwah yang dijalankan serta menjadikan Surau Al-Furqan ini hidup sepanjang masa melalui program-program yang dijalankan.

  1. TUJUAN PENWUJUDAN SURAU AL-FURQAN

 

  • Mematuhi perintah Allah SWT supaya mendirikan, membangunkan dan mengimarahkan rumah ALLAh untuk tujuan beribadah, tunduk dan sujud membesarkan Allah SWT.

 

  • Sebagai pusat pemuafakatan untuk semua ahli qariah Taman Sekamat termasuk solat dan program kemasyarakatan serta kebajikan seperti khairat, ibadah qurban, urusan pengendalian jenazah, gotong – royong dan lain lain.

 

  • Sebagai pusat mengeratkan hubungan silaturahim, ukhuwah dan mahabbah (kasih syang) dalam kalangan ahli qariah.

 

  • Sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu khususnya ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

 

  • Sebagai pusat pentadbiran dan dakwah setempat dalam usaha ke arah kembali kepada kehidupan islam sebagai cara hidup yang diredhai Allah SWT.

 

 

  1. KEAHLIAN

 

  • Semua muslimin dan muslimat yang telah baligh dan bermastautin di Taman Sekamat Kajang, Selangor.

 

  • Tiada apa – apa syarat untuk penyingkiran atau pemulauan ahli kecuali tidak menepati kehendak hukum syarak.

 

  • Tiada yuran keahlian yang dikenakan untuk menjadi ahli

 

 

  1. MESYUARAT AGONG TAHUNAN

 

  • Jawatankuasa pengelola surau dipilih melalui Mesyuarat Agung Surau. Sekurang – kurangnya seramai 30 orang ahli qariah hadir dan berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli jawatankuasa mengikut mana – mana yang dahulu bagi mencukupkan bilangan korum mesyuarat.

 

  • Jika korum tidak mencukupi selepas ½ jam daripada waktu yang ditetapkan maka mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan pada suatu tarikh lain yang tidak melebihi daripada 30 hari.

 

  • Jika korum tidak mencukupi juga selepas ½ jam daripada waktu yang ditetapkan setelah ditangguhkan pada kali pertama maka berkuasalah ahli yang hadir pada hari itu untuk meneruskan mesyuarat tapi tidak berkuasa mengubah apa – apa keputusan dasar atau peraturan surau.

 

  • Mesyuarat Agung Tahunan surau hendaklah diadakan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan dan tidak lewat dari bulan Oktober setiap tahun.

 

  • Agenda Mesyurat Agung Tahunan ialah :-

 

  1. Menerima laporan aktiviti / program sepanjang tahun lalu
  2. Menerima laporan bendahari dan penyata kewangan yang telah di audit
  3. Melantik ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira – kira (juruaudit) dan pemegang amanah untuk tahun akan datang
  4. Membincangkan usul dan cadangan jika ada dan perkara lain yang berkaitan

 

  • Setiausaha hendaklah mempamir dan menghebahkan kepada semua ahli qariah sekurang – kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat agung diadakan. Satu agenda termasuk salinan peringatan mesyuarat, laporan tahunan dan penyata kewangan surau bagi tahun lalu yang telah diaudit dipamerkan di bangunan surau.

 

  • Mesyuarat Agung Khas atau luarbiasa surau boleh diadakan :-

 

  1. Bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa seperti perletakan jawatan atau pengunduran pengerusi atas sebab kematian , penghijrahan atau salah laku yang melanggar hukum syarak.

 

  1. Perletakan jawatan dan penarikan diri semua ahli jawatankuasa serentak.

 

  1. Atas permintaan dan desakan beramai – ramai ahli qariah dengan secara bertulis tidak kurang dari 30 orang ahli qariah.

 

  1. Peraturan dan prosedur mengadakan mesyuarat agung khas adalah sama seperti mesyuarat agung tahunan di fasal sebelumnya.

 

  1. Pengerusi dan setiausaha sementara akan dilantik oleh ahli Jemaah untuk memainkan peranan mengadakan mesyuarat agung khas bila berlakunya perkara di para (a)(b)

 

 

  1. AHLI JAWATANKUASA SURAU

 

  • Keahlian Jawatankuasa adalah seperti berikut :-

 

  1. Seorang Pengerusi
  2. Seorang Setiausaha
  3. Seorang Bendahari
  4. 10 orang ahli jawatankuasa termasuk 2 orang wakil muslimat dan seorang wakil pemuda.

2 orang Pemeriksa Kira – Kira hendaklah dilantik bukan dari Ahli Jawatankuasa.

 

  • Syarat Keahlian Jawatankuasa

 

  1. Islam, Warganegara Malaysia, Berakal dan Baligh.
  2. Berumur melebihi 21 tahun.
  3. Adalah penduduk yang bermastautin di Taman Sekamat.
  4. Mempunyai rekod peribadi yang baik dan tidak terlibat dengan apa – apa kesalahan jenayah dan salah laku yang serius dari sudut pandangan syarak seperti peminum arak, kaki judi, penzina dan lain lain.

 

  • Pencalonan

 

Ahli yang tidak hadir dalam mesyuarat agung tidak boleh dicalonkan dan dilantik kecuali ahli yang mempunyai alasan yang kukuh tidak dapat hadir tetapi menawarkan diri untuk berkhidmat. Surat menawarkan diri mestilah sampai kepada setiausaha sehari sebelum mesyuarat agung dan akan dimaklumkan oleh setiausaha dalam mesyuarat tersebut.

 

  • Bagi ahli jawatankuasa, 3 orang adalah dilantik dalam mesyuarat agung mengikut jumlah undi terbanyak dan 10 orang lagi akan di lantik oleh dalam mesyuarat jawatankuasa yang pertama bagi sesi akan datang.

 

  • Prosedur pencalonan ahli dalam mesyuarat agung dijalankan berdasarkan kehendak majoriti dengan mematuhi format iaitu :-

 

  1. Nama calon dicadangkan dan perlu disokong sekurang – kurangnya seorang ahli.
  2. Dibuka untuk sebarang bantahan jika ada.
  3. Sekiranya lebih seorang calon , pemilihan akan dibuat melalui undian.
  4. Calon yang diperolehi undi tertinggi akan di isytiharkan sebagai pemenang dan keputusan adalah muktamad. Calon terpilih tidak dibenarkan menarik diri kecuali mempunyai sebab – sebab yang munasabah.

 

  • Perlantikan jawatankuasa dijalankan setiap tiga tahun kalendar.

 

  1. PERANAN JAWATANKUASA

 

  • Jawatankuasa berperanan mengelola dan mengatur program dan aktiviti harian surau dan membuat keputusan atau sesuatu perkara yang tidak terkeluar daripada landasan kebenaran yang termaktub dalam Al – Quran dan As – Sunnah.

 

  • Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang – kurangnya sekali dalam tempoh 4 bulan. Pemakluman bagi setiap mesyuarat hendaklah dimaklumkan kepada ahli jawatankuasa 3 hari sebelum mesyuarat yang dijalankan.

 

  • Pengerusi atau sekurang – kurangnya 5 orang ahli jawatankuasa (Setiausaha, Bendahari dan 3 orang AJK) boleh memanggil mesyuarat jawatankuasa pada bila – bila masa yang difikirkan sesuai ( pemakluman mesyuarat mestilah mengikut para 2 di atas). Sekurang – kurangnya ½ daripada jumlah AJK hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat.

 

  • Ahli jawatankuasa dan pegawai surau (ketua) yang gagal menghadiri mesyuarat 3 kali berturut – turut tanpa alasan yang munasabah adalah disifatkan kurang berminat dan boleh menarik diri dan akan diganti dengan ahli qariah yang lain.

 

  • Jika ada AJK yang telah meninggal dunia atau berpindah atau menarik diri, jawatankuasa berhak melantik sesiapa sahaja ahli qariah berdasarkan pilihan majoriti dalam mesyuarat jawatankuasa.

 

  • Jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa kecil dan melantik ahli jawatankuasa kecil bagi membantu melicinkan lagi tugas – tugas jawatankuasa.

 

  • Jawatankuasa hendaklah menghatar senarai nama – nama AJK baru dan pegawai – pegawai surau yang dilantik dalam mesyuarat agung kepada Pejabat Majlis Agama Islam Selangor dalam tempoh 2 minggu selepas mesyuarat untuk makluman.

 

 

 

  1. SKOP TUGAS AHLI JAWATANKUASA

 

8.1          Pengerusi

 

  1. Mengetuai pengurusan dan pentadbiran surau
  2. Merangka pelan tindakan dan program bagi pengimarahan surau.
  • Memastikan pentadbiran surau berjalan dengan baik
  1. Mempengerusikan mesyuarat JK surau
  2. Merasmikan program dan aktiviti surau
  3. Mewakili surau ke jemputan luar
  • Memantau perlaksanaan tugas semua AJK
  • Bersama dengan Bendahari dan SU sebagai penandatangan cek surau
  1. Mengetuai mana-mana aktiviti utama BIRO bila dirasakan perlu.
  2. Mengawaselia dan menyelaras semua aktiviti yang dijalankan oleh BIRO-BIRO
  3. Mengetuai AJK dalam semua urusan dengan jabatan-jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

 

 

  • Setiausaha

 

  1. Membantu AJK melaksanakan tugas supaya berjalan dengan baik.
  2. Sebagai pencatit semua minit mesyuarat AJK dan mengedarkan minit mesyuarat untuk tindakan lanjut AJK.
  • Bekerjasama bersama pengerusi merangka pelan, program dan aktiviti bagi menjadikan surau sebagai tempat penyatuan ummah disamping membangunkan jemaah kariah dan sekitarnya.
  1. Menguruskan rekod dan maklumat pentadbiran surau dan semua aktiviti.
  2. Mengeluarkan surat menyurat surau samada resmi atau tidak resmi
  3. Memanggil mesyuarat AJK Surau, menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan kepada semua AJK Surau
  • Koordinator perancangan tahunan dan penerbitan taqwim surau
  • Memaklumkan semua aktiviti surau dari masa ke semasa kepada semua ahli qariah
  1. Menguruskan semua dokumen berkaitan untuk Mesyuarat Agung
  2. Bersama dengan Bendahari dan Pengerusi sebagai penandatangan cek surau

 

  • Bendahari

 

  1. Menguruskan kewangan surau
  2. Menyimpan rekod dan dokumen pendapatan dan perbelanjaan surau
  • Menyediakan laporan kewangan bulanan dan tahunan
  1. Mengawal selia perbelanjaan surau
  2. Membuat pembelian dan pesanan barangan surau.
  3. Menguruskan pembayaran bil-bil eletrik, air dan lain-lain
  • Menyalurkan wang saguhati kepada Biro Dakwah Dan Kebajikan untuk pembayaran kepada penceramah/Ustaz
  • Merancang mewujudkan tabung-tabung khas dan menguruskan kutipan derma tabung surau dari masa ke semasa.
  1. Menerima dan menguruskan penerimaan sumbangan kewangan
  2. Mengurus sumbangan kewangan surau ke badan-badan tertentu jika ada.
  3. Bersama dengan Pengerusi dan SU sebagai penandatangan wajib cek surau

 

 

 

 

 

  • Ahli Jawatankuasa

 

Ahli Jawatankuasa berperanan untuk membantu Pengerusi menjalankan program dan aktiviti surau dari masa ke semasa. Bagi melicinkan dan melancarkan aktiviti, beberapa jawatankuasa di wujudkan yang di panggil Biro.

 

  1. PENASIHAT

 

Jawatankuasa boleh melantik orang yang berkelayakan untuk menjadi penasihat jika difikirkan perlu. Penasihat adalah dalam kalangan ahli yang bermastautin tetap di Taman Sekamat, Kajang dan khidmatnya adalah dalam tempoh selagi ianya diperlukan.

 

  1. Sebagai penasihat dan qudwahhasanah kepada semua ahli qariah berdasarkan ilmu, ketokohan dan pengalamannya.
  2. Memberi nasihat kepada setiap perjalanan aktiviti dan halatuju surau dari masa ke semasa.
  • Menjadi pakar rujuk kepada semua permasalahan dalam urusan agama.
  1. Menjadi pemimpin dan pembimbing kepada ahli qariah.

 

Penasihat adalah jawatan secara lantikan. Penasihat boleh dijemput menghadiri mesyuarat jawatankuasa dari masa ke semasa jika perlu.

 

  1. PEMERIKSA KIRA – KIRA

 

  1. Dua orang yang bukannya AJK surau atau pegawai surau boleh dilantik dalam mesyuarat agung sebagai pemeriksa kira – kira (juruaudit dalam). Tempoh khidmat adalah tahun atau sehingga tamat tempoh sesi lantikan AJK Surau.

 

  1. Pemeriksa kira – kira adalah dikehendaki memeriksa kira – kira tahunan surau dan membuat laporan atau pengesahan untuk diluluskan dalam mesyuarat agung. Pemeriksa kira – kira juga boleh pada bila – bila masa mengaudit kira – kira kewangan surau jika difikirkan perlu dalam tempoh khidmat mereka.

 

  • Pemeriksa kira – kira sebaiknya dari kalangan ahli yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dalam perkara pengauditan dan kewangan.

 

 

 

  1. KEWANGAN

 

  1. Wang surau ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan program surau termasuklah perbelanjaan pentadbiran, bayaran bil elektrik dan air, belian peralatan surau, belanja pembaikkan surau, jamuan dan keraian, saguhati penceramah dari masa ke semasa.

 

  1. Semua wang surau hendaklah disimpan di Akaun Bank dan semua cek atau kenyataan pengeluaran wang dan kira – kira surau hendaklah ditandatangani bersama pengerusi, setiausaha dan bendahari atau  mana – mana dua antara tiga penama. ( pemegang amanah ).

 

  • Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak melebihi dari RM 2000.00 pada sesuatu masa. Wang selebihnya perlu di masukkan ke dalam Akaun Bank atas nama surau.

 

  1. Perbelanjaan yang melebihi RM 2000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibuat tanpa kelulusan jawatankuasa terlebih dahulu manakala perbelanjaan yang kurang dari

RM 2000.00 boleh diluluskan oleh pengerusi dan bendahari dengan syarat untuk kepentingan khusus kepada ahli qariah.

 

  1. Penyata penerimaan dan perbelanjaan setiap bulan hendaklah disediakan oleh bendahari untuk disahkan dalam mesyuarat jawatankuasa manakala penyata tahunan hendaklah disediakan oleh bendahari dan diaudit oleh pemeriksa kira – kira yang dilantik apabila telah tamat tempoh kewangan setiap tahun. Penyata kira – kira yang telah diaudit hendaklah dimaklumkan untuk kelulusan mesyuarat agung dan salinannya hendaklah diedarkan untuk makluman ahli.

 

  1. Tahunan kewangan surau bermula pada 1 June dan berakhir pada 31 Mei pada setiap tahun.

 

  1. SUMBANGAN DAN SAGUHATI

 

  1. Surau boleh menerima sebarang bentuk sumbangan wang, peralatan dan apa sahaja yang sesuai dari orang ramai sama ada melalui tabung surau , kutipan derma, projek ekonomi dan lain lain yang dibenarkan oleh syarak.

 

  1. Surau boleh memberi saguhati sebagai imbuhan yang terdiri daripada penceramah, pengajar dan sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai berdasarkan jumlah yang dipersetujui oleh jawatankuasa dari masa ke semasa.

 

  • Surau juga boleh menerima wang keuntungan dari bank atau dari dari sumbangan bukan islam dan wang ini hendaklah digunakan untuk tujuan pembangunan prasarana surau seperti tandas, pagar dan lain lain. Surau tidak boleh menerima wang dari kutipan zakat dari orang ramai.

 

 

 

  1. TAFSIRAN UNDANG – UNDANG

 

  1. Diantara tarikh mesyuarat agung, jawatankuasa boleh memberikan tafsiran kepada undang – undang ini dan jawatankuasa jika mustahak boleh memutuskan bahawa perkara – perkara yang tidak terkandung dalam peraturan surau ini sekiranya perlu.

 

  1. Kecuali perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan jawatankuasa adalah muktamad jika tidak diubah dalam mesyuarat agung.

 

  1. LARANGAN

 

  1. Sebarang jenis salah laku yang bertentangan dengan syarak yang jelas boleh mencemarkan kesucian rumah Allah seperti berjual beli, hiburan melalaikan, maksiat, pergaduhan dan lain lain adalah dilarang sama sekali.
  2. Surau ini tidak boleh mengambil bahagian dalam menjadi pentas untuk mana – mana program hiburan yang bertentangan dengan islam.

 

  • Surau tidak boleh dijadikan tempat tidur yang berpanjangan bagi orang – orang yang tidak berkenaan.

 

  1. PINDAAN UNDANG – UNDANG

 

  1. Undang – Undang dan peraturan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat AJK. Sebarang pindaan perlulah diusulkan dan dibahaskan dalam mesyuarat AJK.

 

  1. Undang – Undang dan peraturan surau ini tidak terikat dengan mana – mana akta rasmi oleh pihak berkuasa. Undang – Undang tubuh ini adalah sebagai panduan dan etika untuk membantu ahli dalam mengelolakan surau berdasarkan peraturan yang dipersetujui bersama.