Majlis Sambutan Hari Raya 2018

20180715_10434720180715_09492620180715_11273920180715_112844

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1439H bersamaan 15 Julai 2018 telah diadakan di luar kawasan Surau Al-Furqan iaitu di jalan 8/2 berhadapan dengan bagunan kedai Taman Sekamat. Lokasi ini dipilih bagi memberi keselesaan kepada jamaah kerana anggaran kehadiran yang tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.  Seperti amalan biasa, menu utama dibekalkan oleh Katerer yang terpilih di samping sumbangan dari para berbentuk makanan dan wang tunai

Mesyuarat Agung Tahunan SAF pada 29 April 2018

IMG-20180429-WA0061 IMG-20180429-WA0063 IMG-20180429-WA0064Mesyuarat Agung Tahunan Surau Al-Furqan yang berakhir pada 31 Mac 2018 telah diadakan pada 29 April 2019.  Mesyuarat Agung ini telah dihadiri oleh 118 ahli Qariah Surau Al-Furqan Taman Sekamat. Peningkatan kehadiran para jamaah pada mesyuarat agung tahunan kali ini telah menggambarkan betapa perihatinnya mereka ke atas pentadbiran Surau Al-Furqan yang menginginkan wujudnya  pentadbiran yang baik melalui lontaran idea dan cadangan untuk dilaksanakan

Program Khemah Ibadah Untuk Anak-Anak Kariah Taman Sekamat

 

 

 

 

IMG-20171216-WA0026 IMG-20171216-WA0016 IMG-20171216-WA0015

 

IMG-20171216-WA0029 Program Khemah Ibadah untuk anak-anak Kariah Taman Sekamat telah diadakan pada 16 Disember 2017 di Surau Al-Furqan.  Program ini dijalankan dengan kerjasama Pemuda Masjid Sg Sekamat yang diketuai oleh Tg. Hasif.  Ustaz Abdul Malik telah diundang untuk mengemudi program ini yang dijalankan dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.  Seramai 60 orang anak-anak kariah telah hadir dalam program ini.

SEMBAHYANG MAGHRIB PERTAMA DISURAU BARU AL-FURQAN

Walaupun Surau Baru Al-Furqan belum siap, kebenaran telah diberi untuk penggunaan Sembahyang Hari Raya Aidil Adha 1436H. Pada petang 9 Zulhijjah, para jemaah telah bergotong royong membersih dan memasang sejadah dan seterusnya mendirikan sembahyang Maghrib di sini. Jemaah juga dapat berbuka puasa bersama sempena puasa Sunat Arafah di surau ini.

20150923_194209 20150923_195957

::. Perutusan Pengerusi Surau Al-Furqan

pengerusi

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji- pujian dipersembahkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kerana diberi peluang, ruang dan kesempatan untuk saya menukilkan sepatah dua kata di laman Surau Al-Furqan ini.

Alhamdulillah, dalam tempoh 3 tahun saya menerajui AJK Surau AL-Furqan ini, berkat sokongan dari semua AJK dan para jemaah semua, beberapa aktiviti telah dapat dijalankan dengan jayanya. Diantaranya adalah pembinaan Tadika Islam Al-Furqan, pengaturan semula jadual kuliah di Surau kita, mengindahkan landskap , menaik taraf infrastruktur surau, penganjuran program-program kemasyarakatan kepada ahli kariah Taman Sekamat dan perlaksanaan solat jumaat yang telah djalankan pada 27 September 2019.  Semua aktiviti di atas pasti tidak akan dapat dijalankan tanpa sokongan penuh dari para AJK yang komited serta pernglibatan para jemaah surau Al-Furqan.

Alhamdulillah, tempoh penggal amanah sebagai pengerusi Surau Al-Furqan yang telah diberikan kepada saya sudah sampai ke penghujungnya pada akhir tahun ini.  InsyaAllah, Surau Al-Furqan akan mengadakan mensyuarat pemilihan ahli jawatankuasa yang baru pada 6 Oktober 2019 nanti.  Saya menyeru kepada semua ahli kariah agar dapat hadir pada beramai-ramai ke mesyuarat agung ini nanti.  Surau kita memerlukan satu saf kepimpinan yang baik bagi meneruskan kecemerlangan pentadbiran surau pada masa-masa akan datang melalui kepimpinan yang baru.

Seperti yang telah saya war-warkan pada peringkat awal bahawa surau ini tidak hanya terbatas kepada ibadat khusus sahaja, seperti ibadat solat, sebaliknya, konsep dan falsafah rumah Allah yang telah ditunjukkan dan dipraktikkan oleh sirah Rasulullah SAW, merangkumi semua aspek kehidupan termasuk perhubungan di antara manusia dengan Allah dan antara manusia sesama manusia harus juga dipraktikkan di Surau kita ini.

Saya menyeru kepada semua jemaah agar sama-sama dengan AJK yang baru bakal dilantik nanti untuk terus menyumbang buah fikiran bagi membangunkankan surau yang kita sayangi ini serta bersama-sama melibatkan diri dan memberi sokongan ke atas sebarang aktiviti yang dijalankan. Sama-samalah kita bersatu hati dan mengeratkan ukhuwah sesama kita demi untuk mendapatkan keredhaan Allah serta rahmat daripadaNya.  Mudah-mudahan segala sumbangan kita diterima Allah dan menjadikan ia saham berterusan untuk kita nikmati apabila kita meninggalkan alam fana ini.

Sekian dan Terima kasih.

HJ MD HASIM SANI

Pengerusi Surau AlFurqan, Taman Sekamat, Kajang

Sesi 2017-2019

1 2 3