MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SAF

Surau Al-Furqan telah mengadakan mesyuarat agung tahunan pada 15 Jan 2023.  Mesyuarat Agung tahunan ini adalah kali pertama diadakan bagi sesi 2020-2023.  Ia tidak diadakan pada tahun 2020 dan 2021 kerana wabak pendemik covid-19 dan juga tidak banyak aktiviti yang dijalankan disepanjang tempoh pendemik berkenaan.  Alhamdulillah, mesyuarat dapat dijayakan dengan baik sekali walaupun kehadiran tidak seperti yang dijangkakan.  Pada mesyuarat ini telah dibahagikan kepada 3 segment seperti berikut:

1- Segment perkongsian semua aktiviti yang telah dijalankan disepanjang 2020-2022 dan membuka maklumbalas dari jamaah.

2 – Segment perancangan aktiviti-aktiviti / projek-projek yang bakal dijalankan pada tahun 2023 dan membuka maklumbalas dari jamaah

3 – Segment Usul

Alhamdulillah, penglibatan yang aktif dari jamaah yang hadir pada mesyuarat ini telah membantu AJK untuk memperhalusi hala tuju dan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan.

WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.39.31 WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.39.30 WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.39.29 (2) WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.39.29