Kata Aluan Pengerusi

pengerusi

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji- pujian dipersembahkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kerana diberi peluang, ruang dan kesempatan untuk saya menukilkan sepatah dua kata di laman Surau Al-Furqan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua jemaah Kariah Surau Al-Furqan kerana memberi peluang kepada saya sekali lagi menerajui AJK Surau Al-Furqan bagi sesi 2020 – 2022.  Saya mengambil tanggungjawab ini dan menganggapnya sebagai satu amanah yang berat bagi membangunkan Surau kita demi ke arah mencapai visi iaitu menjadikan Surau Al-Furqan sebagai pusat ibadah yang dapat melahirkan ummah yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia.

Alhamdulillah, melalui usaha keras AJK pada sesi 2017 – 2019, Surau Al-Furqan telah dapat diselia dengan begitu baik sekali dalam membuat pengisian yang sewajarkan melalui program-program yang dapat memberi impak yang baik kepada semua jemaah.

Projek Tadika Islam Al-Furqan yang tertangguh juga telah berjaya disiapkan. Alhamdulillah.  Maka pengurusan yang baik perlu diteruskan bagi memastikan urustadbir surau berjalan dengan lebih kemas lagi.

Surau ini tidak hanya terbatas kepada ibadat khusus sahaja, seperti ibadat solat, sebaliknya, konsep dan falsafah rumah Allah yang telah ditunjukkan dan dipraktikkan oleh sirah Rasulullah SAW, merangkumi semua aspek kehidupan termasuk perhubungan di antara manusia dengan Allah dan antara manusia sesama manusia harus juga dipraktikkan di Surau kita ini.

Saya menyeru kepada semua jemaah agar sama-sama dengan AJK untuk menyumbang buah fikiran bagi membangunkankan surau yang kita sayangi ini serta bersama-sama melibatkan diri dan memberi sokongan ke atas sebarang aktiviti yang dijalankan. Sama-samalah kita bersatu hati dan mengeratkan ukhuwah sesama kita demi untuk mendapatkan keredhaan Allah serta rahmat daripadaNya.  Mudah-mudahan segala sumbangan kita diterima Allah dan menjadikan ia saham berterusan untuk kita nikmati apabila kita meninggalkan alam fana ini.

Sekian dan Terima kasih.

HJ MD HASIM SANI

Pengerusi Surau AlFurqan, Taman Sekamat, Kajang