Category Archives: Uncategorized

Program Seminar Pengurusan Harta Pusaka Al-Furqan 2021

iklan seminar Prof Ezani Yaakub audience pengerusi

 

Surau Al-Furqan 19 Disember 2021 telah mengandakan Mini Seminar Harta Pusaka secara dalaman di mana sasaran jemputan adalah dari kalangan ahli Jamaah Surau Al-Furqan sendiri.  Penceramah jemputan adalah Prof Madya Ezani Yaakub, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri Akedemik Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM. Seminar ini telah dihadiri oleh 80 jemaah, dari kalangan ahliah kariah SAF sendiri.  Tujuan seminar ini di adakan adalah untuk memberi pendedahan asas kepada ahli Jamaah peri pentingnya pengetahuan berkaitan pengurusan harta pusaka. Prof Madya Ezani adalah dari kalangan yang arif dalam bidang harta pusaka dan rata-rata hadiri sangat berpuashati dengan penyampaian yang diberi dan SAF mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof di atas kesudian beliau hadir ke Mini Seminar ini.

Perkongsian Pengalaman

Hj Wahab hj Othman Hj Yusak

Surau Al-Furqan mengorak langkah lagi maju kehadapan dengan mewujudkan satu slot khas pada malam minggu diwaktu antara Maghrib dan Isyak dengan memberi peluang kepada ahli Jemaah untuk berkongsi pengalaman profesion masing-masing.  Pengalaman ini dikongsi sebagai pengetahuan tambahan disamping menambah kebaikan kepada jemaah.  Program telah dimulakan oleh Tn Hj Abdul Wahab juga merangkap sebagai moderator tetap.  Tahniah kepada AJK SAF di atas inisiatif baru ini.

WATIKAH PERLANTIKAN AJK 2020 – 2022

trima watikah Pada Tarikh 31 Disember 2019, Pengerusi Surau Al-Furqan telah menerima watikah perlantikan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Furqan bagi sesi 2020 – 2022 dari Tuan Nazir Masjid Sungai Sekamat, Kajang.  Penyerahan watikah perlantikan ini telah dijalankan di Masjis Sungai Sekamat.  Tahniah diucapkan kepada semua AJK dan selamat bertugas.Tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi yang telah dilantikan buat penggal yang kedua. Tahniah

PENGUMUMAN MESYUARAT AGUNG SAF

                                                       سوراوالفرقان

                                                 TAMAN SEKAMAT

                                 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-2

                                                        DAN

                    PENCALUNAN AHLI JAWATANKUASA SESI 2020-2022

                                        6 Oktober 2019/6 Safar 1441H

SAF Mendirikan Solat Jumaat

jumaat 6 jumaat 7 jumaat 8 jumaat 9 20190927_135358 20190927_135420 20190927_135425 jumaat 1 jumaat 2

Seluruh ahli Kariah Surau Al-Furqan telah melahirkan kesyukuran tidak terhingga apabila Surau Al-Furqan telah diberi kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat.  Tanggal 27 September 2019 adalah merupakan tarikh bersejarah bagi Surau Al-Furqan kerana pada tarikh ini Solat Jumaat pertama di Surau ini telah didirikan.

Khutbah pertama telah disampaikan oleh Pegawai Tadbir Agama  (PTA) merangkap Kadhi Daerah Hulu Langat, Ustaz Hj Mahayuddin. Pegawai dari Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID) seperti Ustaz Khairul Nazri dan beberapa yang lain juga hadir pada solat jumaat yang pertama ini. Dianggarkan sekitar 800 orang jemaah telah hadir pada hari yang bersejarah ini.

Sambutan Hari Raya 2019/1440H

20190630_10451820190630_103339 20190630_104530 20190630_112806

20190630_103438 20190630_122255

Pada program sambutan Hari Raya seumpama ini, jelas kelihatan kemesraan dan kegembiraan di kalangan para jamaah dengan bertegur sapa serta berkenalan semasa menikmatan juadah yang dihidangkan.  Suasana sebegini adalah sebagai penanda aras wujudnya kesatuan dan ukhuwah dikalangan para jamaah di kariah surau Al- Furqan ini.  Adalah diharapkan suasana seumpama ini akan berkekalan di Kariah Surau Al-Furqan ini

 

 

Majlis Khatam Al-Quran Ramadhan 2019/1440H

20190601_183608 20190601_183621 20190601_191513Seperti pada kebiasaan pada penghujung ramadhan, jamaah Surau Al-Furqan akan mengadakan majlis Khatam Al-Quran. Sebagai penghargaan kepada penglibatan ahli jamaah, maka setiap peserta telah menerima satu cenderahati sumbangan dari Surau Al-Furqan sendiri.  Semuga pada tahun-tahun akan datang, penglibatan lebih ramai golongan muda begitu diharapkan agar program seumpama ini dan program-program yang lain tidak menjadi seakan eklusif untuk pesara sahaja.

Pembinaan Taski Surau Al-Furqan

20180901_093616 20180901_09364120181111_07404220181111_074106

 

Tahun kedua pentadbiran jawatankuasa sesi 2017-2019 telah memberi tumpuan kepada pembangunan Sekolah Taski Al-Furqan.  Pembinaan telah dimulakan pada 8 Mei 2018 dan siap sepenuhnya pada 15 November 2018.  Walaupun dalam keadaan kekangan kewangan dan masih menanggung sedikit hutang dari pembinaan surau baru, AJK masih tidak patah semangat untuk meneruskan projek pembinaan ini.  Dengan berbekalkan baki kewangan yang kecil, pembinaan telah dimulakan. Terima kasih kepada semua dermawan, hanya Allah sahaja yang bisa merahmati semua.

Gotong Royong Menceriakan persekitaran SAF

IMG-20190309-WA0029 IMG-20190309-WA0022 IMG-20190309-WA0028 IMG-20190330-WA0027 IMG-20190530-WA0010

Cadangan penceriaan Surau telah disuarakan pada masa mesyuarat Agung tahunan Surau Al-Furqan pada 29 April 2018.  Ahli jawatankuasa telah ambil maklum dengan cadangan ini dan telah mengambil tindakan perlaksanaannya.  YBhg Dato’ Setiausaha telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai gerak kerja penceriaan ini.  Aktiviti ini telah direalisasikan pada 3 Mei 2019 di mana para jamaah telah turun bergotong royong menjayakan misi ini-Tahniah semua…

Program Qurban 2018/1439H

20180822_11361220180822_10572220180822_11242020180822_113412

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Surau Al-Furqan tidak ketinggalan telah menjalankan ibadah Qurban bagi memenuhi dan menzahirkan syiar Islam di kariah surau Al-Furqan. Program Qurban ini telah dijalankan pada 10 Zulhijjah 1439H bersamaan 22 Ogos 2017. Enam (6) ekor lembu telah diqurbankan pada tahun ini dengan satu bahagian korban bernilai RM650.00

1 2 3