Category Archives: Uncategorized

Suasana Ramadhan di SAF

Ramadhan1ambang ramadhan - musliminambang Ramadhan-muslimatBunting Ust Zul Ramlikhatam al-quran ramadhantadarus muslimat berkumpulantadarus muslimin ramadhantadarus on-line muslimatBerbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bualan ramadhan spt tadarus Al-Quran secara berkumpul dalam bentuk fizikal dan on-line.  Ust Zul Ramli juga telah dijemput untuk menyampaikan ceramah persediaan menyambut bulan ramadhan.

PENCUCIAN DAN DISINFEKSI RUANG UTAMA SOLAT

Kerja-kerja pencucian dan disinfeksi dewan utama solat SAF telah dijalankan pada 18 Mac 2023.  Kerja-kerja pencucian dan disinfeksi ini adalah merupakan aktiviti berkala untuk  dewan solat utama dan ruang yang lain sentiasa bersih dan bebas virus serta memberi keselesaan kepada para jamaah terutama dalam semangat menyambut bulan Ramadhan yang mulia yang bakal tiba.

IMG-20230318-WA0007 IMG-20230318-WA0005 IMG-20230318-WA0006

Ceramah Umum – Diambang Ramadhan 1444H

Ceramah Umum ini telah diadakan pada 13 Mac 2023 dengan tajuk Diambang Ramadhan. Penceramah terkemuka telah dijemput pada sesi ini iaitu YBHG Ust Zul Ramli Razali. Alhamdulillah, suntikan motivasi yang telah disampaikan oleh YBHg Ust Zul sedikit sebanyak menjadi bekalan kepada para jemaah dalam mempersiapkan diri untuk menjalani Ibadah puasa tidak lama lagi.

IMG-20230313-WA0014Ust Zul 2 Ust Zul

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SAF

Surau Al-Furqan telah mengadakan mesyuarat agung tahunan pada 15 Jan 2023.  Mesyuarat Agung tahunan ini adalah kali pertama diadakan bagi sesi 2020-2023.  Ia tidak diadakan pada tahun 2020 dan 2021 kerana wabak pendemik covid-19 dan juga tidak banyak aktiviti yang dijalankan disepanjang tempoh pendemik berkenaan.  Alhamdulillah, mesyuarat dapat dijayakan dengan baik sekali walaupun kehadiran tidak seperti yang dijangkakan.  Pada mesyuarat ini telah dibahagikan kepada 3 segment seperti berikut:

1- Segment perkongsian semua aktiviti yang telah dijalankan disepanjang 2020-2022 dan membuka maklumbalas dari jamaah.

2 – Segment perancangan aktiviti-aktiviti / projek-projek yang bakal dijalankan pada tahun 2023 dan membuka maklumbalas dari jamaah

3 – Segment Usul

Alhamdulillah, penglibatan yang aktif dari jamaah yang hadir pada mesyuarat ini telah membantu AJK untuk memperhalusi hala tuju dan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan.

WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.39.31 WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.39.30 WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.39.29 (2) WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.39.29

Program Tahsinul Ibadah- Asas-asas kesempurnaan solat

Surau Al-Furqan telah menjalankan kempen Solat Berjemah (Jom berjemaah) pada bulan November dan Disember 2022.  Pengkhusus kempen solat berjemaah ini bukan sahaja kepada gulungan dewasa, malah kepada anak-anak ahli kariah yang berumur 7 tahun sehingga 17 tahun. Waktu solat yang dipilih adalah waktu Subh dan Waktu Isyak sahaja. Setiap kehadiran akan diganjarkan wang tunai RM2.00 seorang dan hadiah bulanan juga diberikan kepada mereka yang hadir paling kerap dengan hadiah Wang tunai yang agak lumayan. Juara keseluruhan juga dianugerahkan kepada anak-anak yg hadir paling kerap pada 2 bulan berkenaan.  Alhamdulillah penyertaan anak-anak kariah sangat memberangsangkan dimana 50 orang telah mendaftarkan diri.  Sebagai penutup kempen ini, iaitu pada 31 Disember 2022, program Tahsinul Ibadah-Asas-asas kesempurnaan solat telah dianjurkan untuk semua anak-anak yang telah menyertai kempen solat berjemaah serta terbuka kepada anak-anak kariah yang lain. Alhamdulillah 100 orang telah menghadiri program ini.  Program ini telah dipimpin oleh Pengerusi SAF sendiri iaitu Tn Hj Hasim Sani dan dibantu oleh AJK SAF serta guru-guru dari Tadika ABIM.  Tumpuan kandungan program adalah menyemak semula secara terperinci bersama praktikal sekali langkah awal dari berwuduk sehinggalah ke rukun-rukun solat.  Objektif program adalah untuk memantapkan pengetahuan anak-anak ilmu solat agar selepas kempen ini tamat, anak-anak akan terus istiqamah solat berjemaah dan juga dapat membaiki mutu solat mereka.

WhatsApp Image 2023-02-09 at 18.03.46 WhatsApp Image 2023-02-09 at 18.03.42 WhatsApp Image 2023-02-09 at 18.03.40 (1) WhatsApp Image 2023-02-09 at 18.03.40 WhatsApp Image 2023-02-09 at 18.03.39

PROGRAM GOTONG ROYONG SAF 2023

WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.37.45 WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.37.44 (1) WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.37.44 WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.37.43 (2) WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.37.43 WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.37.42 (2) WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.37.42 (1) WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.37.42 WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.37.41 WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.37.40 (3) WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.37.40 (2) WhatsApp Image 2023-02-09 at 15.37.40

 

Alhamdulillah, pada 8 Jan 2023, SAF telah menganjurkan aktiviti gotong royong bagi membersihkan Surau dan juga persekitarannya.  Kehadiran para jamaah yang ramai serta dibantu oleh pemuda-pemuda Persatuan Penduduk Taman Sekamat (PPTS) dan Pengerusi PPTS sendiri, aktiviti ini telah berjalan dengan penuh keceriaan dan keseronokan. Hubungan ukhuwah yang baik sesama jamaah teserlah dalam aktiviti ini.  Semuga silatulrahim yg erat dikalangan jamaah akan terus disemarakkan dan menjana satu masyarakat yang harmoni di Kariah Surau Al-Furqan ini

 

 

Suasana Ibadah Eidul Adha 1443H/2022

Daging Korban Korban1Alhmdulillah, hari ini kita telah sama-sama menyempurnakan ibadah Qurban untuk sahabat-sahabat kita di kariah Al Furqan ini sebanyak 6 ekor. Pengerusi SAF mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kariah meliputi semua peringkat usia yg telah turun begitu ramai sekali bagi meraikan dan menjayakan ibadah qurban pada tahun ini. Semuga ibadah qurban sahabat2 kita diterima Allah dan sumbangan tenaga, wang ringgit dari semua ahli kariah dalam menjayakan ibadah qurban ini juga diterima oleh Allah s.w.t. Semangat kekeluargaan dlm bentuk gotong royong ini sangat dihargai dan ukhwah yg terjalin jelas dapat dilihat pada pada semua peringkat usia. Semuga semangat kekeluargaan yg mesra ini akan terus terjalin dalam usaha kita mencari keredhaan Allah di dalam perjalanan hidup kita yang sementara ini. Semuga Allah memberkati kita semua.Aidil Adha 2Aidil AdhaOrang-orang kuat SAF sempat merakamkan kenangan di pagi Eidul Adha selepas solat dilaksanakan…

 

1 2 3