Program Tahsinul Ibadah- Asas-asas kesempurnaan solat

Surau Al-Furqan telah menjalankan kempen Solat Berjemah (Jom berjemaah) pada bulan November dan Disember 2022.  Pengkhusus kempen solat berjemaah ini bukan sahaja kepada gulungan dewasa, malah kepada anak-anak ahli kariah yang berumur 7 tahun sehingga 17 tahun. Waktu solat yang dipilih adalah waktu Subh dan Waktu Isyak sahaja. Setiap kehadiran akan diganjarkan wang tunai RM2.00 seorang dan hadiah bulanan juga diberikan kepada mereka yang hadir paling kerap dengan hadiah Wang tunai yang agak lumayan. Juara keseluruhan juga dianugerahkan kepada anak-anak yg hadir paling kerap pada 2 bulan berkenaan.  Alhamdulillah penyertaan anak-anak kariah sangat memberangsangkan dimana 50 orang telah mendaftarkan diri.  Sebagai penutup kempen ini, iaitu pada 31 Disember 2022, program Tahsinul Ibadah-Asas-asas kesempurnaan solat telah dianjurkan untuk semua anak-anak yang telah menyertai kempen solat berjemaah serta terbuka kepada anak-anak kariah yang lain. Alhamdulillah 100 orang telah menghadiri program ini.  Program ini telah dipimpin oleh Pengerusi SAF sendiri iaitu Tn Hj Hasim Sani dan dibantu oleh AJK SAF serta guru-guru dari Tadika ABIM.  Tumpuan kandungan program adalah menyemak semula secara terperinci bersama praktikal sekali langkah awal dari berwuduk sehinggalah ke rukun-rukun solat.  Objektif program adalah untuk memantapkan pengetahuan anak-anak ilmu solat agar selepas kempen ini tamat, anak-anak akan terus istiqamah solat berjemaah dan juga dapat membaiki mutu solat mereka.

WhatsApp Image 2023-02-09 at 18.03.46 WhatsApp Image 2023-02-09 at 18.03.42 WhatsApp Image 2023-02-09 at 18.03.40 (1) WhatsApp Image 2023-02-09 at 18.03.40 WhatsApp Image 2023-02-09 at 18.03.39