Pembinaan Taski Surau Al-Furqan

20180901_093616 20180901_09364120181111_07404220181111_074106

 

Tahun kedua pentadbiran jawatankuasa sesi 2017-2019 telah memberi tumpuan kepada pembangunan Sekolah Taski Al-Furqan.  Pembinaan telah dimulakan pada 8 Mei 2018 dan siap sepenuhnya pada 15 November 2018.  Walaupun dalam keadaan kekangan kewangan dan masih menanggung sedikit hutang dari pembinaan surau baru, AJK masih tidak patah semangat untuk meneruskan projek pembinaan ini.  Dengan berbekalkan baki kewangan yang kecil, pembinaan telah dimulakan. Terima kasih kepada semua dermawan, hanya Allah sahaja yang bisa merahmati semua.